Sunday 1 January 2012

PEPERIKSAAN

Assalamualaikum Semua...

Hari ini Katak Hijau nak menceritakan pengalaman berkenaan peperiksaan .....
(X kisah la ye peperiksaan apa pun)
Katak Hijau risau sebenarnya....urmmm
Minggu2 peperiksaan cmni merupakan minggu2 yang sangat menyeramkan...>_< betul ke??
Urmm..Takut jika istilah GAGAL wujud (sudah pasti!)
Begitu juga la dengan perasaan Katak Hijau sekarang ni..adoyai..

Nak exam je..mesti teringat mak ayah kat kampung
Nak exam je..mesti teringat adik-beradik kat kampung
Nak exam je..mesti teringat jiran-jiran kat kampung
Nak exam je..mesti teringat segala salah silap kat kawan-kawan
Nak exam je..mesti teringat segala-galanya

DAN YANG PASTI

Nak exam juga la..teringat nota-nota yang masih berterabur
Nak exam juga la..teringat nak pinjam nota2 kawan
Nak exam juga la..teringat banyak topik yg belum dibaca
Nak exam juga la..teringat nak balek rumah (rindu nk balek la katakan..)
Nak exam juga la..teringat segala-galanya

hahahahha

Kekadang tu terasa juga lawaknya..kenapa la jadi cmtu ye?..>_<

Cikgu selalu pesan "Bersusah-susah dahulu, Bersenang-senang Kemudian"
Kini...manusia semakin kreatif dan memasukkan unsur kekreatifan dalam pepatah lama
Maka, wujudlah...pepatah baru
"Bersenang-senang dahulu, Bersusah-susah kemudian"
hahahhahhah
Betul ke?

Ada kebenarannya kut...^_^
Buktinya???...Katak Hijau turut melakukan perkara yang sama
hehehe
Kekadang tu sifat malas mengatasi segala-galanya

Jom kita merajinkan diri dari awal..nak tak?? (urmmm...tapi..agak susah di situ)
Rasa kecian pla kat Mak Ayah di kampung ~_~
Harapan mereka tinggi melebihi bukit-bukau dan gunung-ganang untuk melihat kita semua berjaya
mmmm....Sayang sangat kat Mak..Sayang sangat kat Ayah..

Tapi Katak Hijau tetap rasa seram nak pi exam..huhuhu 
Tahukah dan sedarkah kita
bahawa

Exam sebenarnya menentukan apa yang kita perolehi selama ini
Kerana... ia akan menunjukkan Sejauhmanakah..

Kerajinan kita untuk hadir ke kelas
Kerajinan kita untuk menyalin nota-nota yang diberi
Kerajinan kita untuk cuba mempelajari sesuatu yang baru
Kerajinan kita untuk berbincang ketidakfahaman yang membelengu diri
Kerajinan untuk bertanya soalan
dan sebagainya...

KERAJINAN itu penting kan??
sangat-sangat penting
Maka...
marilah kita bersama-sama menjadi orang yang RAJIN....
>_<

No comments:

Post a Comment