Wednesday 18 January 2012

SEBAB..

Assalamualaikum..>_<

Jom sembang jap.,nak share somting la..huhu
Entry kali ni sesuai untuk mereka2 yg mungkin pernah terluka disebabkan seseorang

Pernahkah anda rasa MENYESAL kenal ngn ssorng dlm hidup anda?
Kalo x pernah..mmg hati andalah yang terbaik
Namun jika ada..x apa, ia situasi normal yang biasanya dialami oleh orang lain juga
Ada kalanya hati yang sakit 
selalu mengeluarkan kata-kata "knp la aku kenal ngn dia..baik xpernah kenal lngsung"
or "benci tengok muka dia, knp la aku kenal ngn dia" dll
Betul x?
 

Kemudian kita pi la duk mnyendiri mengenang nasib diri
Kkdg tu abis berkotak2 tisu utk mngelap air mata
 
Pasu bunga dicampak
Daun pokok dicabut-cabut
Bantal dirobek-robek
Buku-buku dibaling
n kalo bole nak belasah je orang tu
~andaian semata2~

Positifkanlah fikiran kita
Janganlah rasa menyesal or sedih yg melampau
Semua tu ada sebab sendiri sebenarnya

Aik..pe kaitan ngn tajuk Sebab lak?? urmm
"SEBAB"
Ye sebab apa Allah temukan kita dengan orang yang salah dalam kehidupan kita tu
Sebab apa erk?
Urmmm
 
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya 

1.Apabila kita bertemu jodoh yang sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2.Kita dapat menjadi penilai yang baik.


3.Kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


4.Kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.


5.Kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...


6.Kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


7.Kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.


8.Kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


9.Kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.

 
Maka..
Wahai sahabat yang kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, 
fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. 
Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA.
  
Berdoalah pada Allah..
 
 
Dan jadilah mereka yang berfikiran positif
>_<

2 comments: