Thursday 19 January 2012

ANDA PERLU TAHU

Assalamualaikum...

Ada banyak perkara yang kita perlu tahu sebenarnya..
Apakah yang perlu anda tahu??
Tahukah anda?


1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin
anda yang meminggirkan mereka.


12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan
sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi
sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.


13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun,
caci & cela.


14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

urmmm
Sepanjang anda membaca entry ini..
Siapakah yang terbayang di minda anda?
Pentingkah dia bagi anda?
Banyakkah jasanya pada anda?
Jasa anda kepada mereka?


Jika anda terbayang seseorang semasa anda membaca tadi
Maka..dia merupakan orang-orang penting dalam hidupmu
Percayakah anda?
Tanyalah hati yang mentafsirnya


Jika anda tidak terbayangkan sesiapa pun semasa membaca tadi
Bukan bermaksud anda tidak dipedulikan
Atau anda tidak mempedulikan mereka
Tetapi..
Ia wujud tanpa anda sedari..


Betulkah?
Siapakah dalam fikiran anda tadi?
Mak?
Ayah?
Kawan?
Saudara?
Pakcik?
Nenek?
Jiran?
Pensyarah?

Jika jawapan anda TIDAK ADA SESIAPA PUN
x apa..



Namun
Ingatlah Allah ada untuk dirimu
Allah ada untuk menyayangimu
Jika kita merasakan kita dah xda sesiapa pun
Ingatlah..Allah ada untukmu setiap masa
Berbahagialah wahai sahabat-sahabatku..






Sentiasa ingat..
Kita tidak keseorangan...
Tidak sama sekali..
>_<