ASSALAMUALAIKUM....
Mengapakah Manusia Suka Berprasangka Buruk??
Tidakkah kita tahu ia akan menyebabkan suatu kebaikan itu terhalang begitu sahaja?
Kenapa manusia selalu je iri hati dengan orang lain?
Tidak boleh langsung melihat kesenangan dan kebahagiaan orang lain...
Tidak suka jika orang lain lebih..
Sedarkah kita bahawa Allah tidak suka
sikap iri hati yang ada pada manusia
Sikap inilah yang menyebabkan timbulnya perasaan benci
Sakit hati
Mementingkan diri
DAN
Tidak mensyukuri nikmat yang dikurniakan
Manusia tidak pernah puas.....
Lihatlah nikmat yang Allah telah berikan kepada kita
sehingga hari ini...
Masih boleh menatap apa yang berada di depan mata
Masih boleh mendengar suara di sekeliling kita
Masih boleh menyentuh objek yang ada
Masih boleh mengeluarkan suara untuk menyampaikan sesuatu
Serta...
Masih boleh bernafas untuk hidup di bumi Allah
Tidak bersyukurkah kita?
Namun begitu....sifat iri hati dan mudah berprasangka menyebabkan manusia sering alpa
dengan nikmat yang Allah berikan
Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik...Ada sangkaan
buruk
Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka kedekut
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka sombong
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela sesuatu
Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
Mana tahu yang senyum itu
kerana bersedekah
Mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa
Mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa
Mana tahu yang menawan itu kerana
bersih hati dan mindanya
Mana tahu yang ceria itu
kerana cergas cerdasnya
Jauhi sikap suka bersangka-sangka
kerana ia bakal memusnahkan ukhwah
seperti musnahnya kayu dimakan apiā¦
Satu benda yang kita lihat,
macam-macam kesimpulan yang
boleh kita buat.
Semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.
Semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.
Jauhilah sikap berprasangka buruk.....
Hidup manusia umpama roda..
Apa yang anda lakukan hari ini...
Jangan lupa bahawa..
Balasan di akhirat sana akan menanti anda
Renung-renungkanlah.....
No comments:
Post a Comment