Saturday 14 April 2012

TIPS MENCARI SAHABAT

Assalamualaikum...
Kawan? Sahabat? Teman? Taulan?
Samakah maksudnya bagi anda?


Setiap orang mempunyai kawan sendiri..
Yang membuatkan kita selesa dengannya..
Rasa gembira dengannya..
Rasa dihargainya dengannya..

Entri kali ni merupakan tips-tips bagi kita untuk mencari SAHABAT yang baik
Ada pendapat mengatakan bahawa :
Kalau nak tahu perangai seseorang, lihatlah bagaimana perangai sahabat atau kawan-kawannya. Kalau baik sahabatnya, insyaAllah dia memang baik. Tapi kalau kawannya itu perangai macam syaitan, maka perangai dia pun besar kemungkinan macam syaitan juga.
Para pembaca semua, ketahuilah, mencari sahabat yang baik itu adalah dituntut oleh agama kita. Maka cari dan pilihlah sahabat yang baik-baik akhlaknya.

Pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama
Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebut-nyebutnya).

Ketiga
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik akhlaknya, baik pegangan agamanya, baik tutur katanya dan baik budi bahasanya. Pilihlah sahabat yang boleh memahami kita dan yang dapat membantu kita mendekatkan diri kepada Allah ta’ala. Itulah ciri sahabat sejati.

Akhir kata, untuk mendapat sahabat yang baik, kita sebenarnya perlulah terlebih dahulu menjadi seorang sahabat yang baik kepada orang lain. 

Sekiranya diri kita dianggap sebagai seorang sahabat baik, maka kita nanti akan dikurniakan sahabat yang baik oleh Allah Ta’ala. Yakinlah.

p/s : Maka tanyalah diri anda, adakah diri anda sekarang ini boleh dianggap sebagai seorang sahabat yang baik??? Fikir-fikirkan…


Sunday 25 March 2012

SAHABAT ATAU KEKASIH

Assalamualaikum..
 
Setiap orang mempunyai sahabat
Walaupun hadirnya kekasih dalam hidup..sahabat jangan dilupakan
Bagi anda..siapakah yang lebih penting?
Sahabat atau Kekasih??
(Keluarga memang diutamakan)
 
 
Jika anda mempunyai kekasih..
Bolehkah anda ubah perhubungan kekasih menjadi sahabat sahaja? 
Boleh. 
Cuba ubah hubungan yang selama ini pasangan kekasih 
kepada hubungan persahabatan.

Ketika pilihan ini menjadi satu-satunya pilihan pemutus kerana iman, maka pilih dan beralihlah ke konsep hubungan persahabatan semata-mata. 
 
Dan tahukah kita bahawa seorang sahabat 
akan ikut berasa senang jika melihat sahabatnya senang
Dan sahabat sejati juga tidak akan meninggalkan kita 
 dikala sedang sedih dan dirundung duka
Mereka akan selalu memberi sokongan, bantuan dan bahkan 
menghulurkan tangan sewaktu kita terjatuh.
 
  Sedangkan kekasih, sebahagian besar hanya akan ada ketika kita
dalam keadaan sengsara, terkena musibah atau masalah,
mereka lebih memilih untuk mengelakkan diri.
Banyak contoh sudah berlaku, kekasih dipenjarakan kerana sesuatu
kesalahan seperti dadah, dan kekasihnya tidak mahu menemuinya lagi.
Ada juga yang menjadi mangsa simbahan acid,
dan kekasihnya terus meninggalkannya.

Konsep sahabat lebih menekankan pada hubungan apa adanya.
 Mereka menerima kita apa adanya,
baik dari sisi positif mahupun dari sisi negatif kita.
Mahu gemuk mahu kurus, mahu langsing mahu boncet, semuanya diterima.
Kerana kita sahabat.

Mereka akan menegur jika ada salah dan ada khilaf yang terjadi pada diri kita.
Mereka tidak akan menjauh, meskipun kita sudah salah terlalu jauh.
Mereka tetap ada dan tetap bersama kita.
Tetapi bagaimana mereka yang berkasih-kasihan?

Sebahagian besar orang yang bercouple hanya melihat
pasangannya dari sudut positifnya sahaja.
Mereka memilih kerana kita cantik, kita kacak, kita macho, hebat dan kaya.
Tetapi apabila mereka tahu kita malas, diuji Allah dengan berpenyakit,
mereka terus mengundurkan diri.
Saat mereka melihat kekurangan pada diri kita,
mereka cenderung memilih orang lain.

Sahabat jarang membuat kita sedih.
Mereka biasanya ada didalam duka dan lara.
Sedangkan kekasih lebih banyak membuat kita sedih dari bahagia.
 Lebih-lebih lagi yang jenis cemburu buta, obses dan terlalu protektif.
 Mereka tidak mahu membiarkan kita bebas.
Selalu ingin menguasai dan dikuasai.
Mereka selalu menghalang komunikasi kita
dengan manusia lain dengan api cemburu.
Tidak boleh itu tidak boleh ini.
Mereka tidak sedar membuat kita berlinang air mata
kerana sedih sebab mereka.

Sahabat adalah hubungan selamanya.
Sahabat adalah sahabat meskipun jarak memisahkan.
Sahabat akan menyayangi kita dengan tulus
tanpa perasaan asmara yang penuh nafsu.
 Perhatian mereka juga tidak akan luntur walaupun
 usia bertambah seiring perjalanan nafsu.
Sedangkan sayang seorang kekasih akan lapuk ditelan waktu.
Semakin lama semakin hilang rasa sayang kerana rasa bosan.

Hubungan persahabatan dibina atas perasaan saling menghargai
dan bukan dirancang suatu saat akan terputus.
Tetapi kekasih sangat berbeza.
Adakalanya orang bercinta kerana diniatkan untuk putus dalam masa tertentu.
Kemudian mencari kekasih lain yang lebih cantik dan lebih menarik.
Ada masa putus, ada masa berakhir dan ada masa gagal. 
Cinta yang diucapkan tidak lagi segar, malah layu kering dan tidak enak lagi didengar. 
Kita bertemu kerana Allah..dan berpisah juga kerana Allah
Dialah yang menentukan segalanya.

 
Siapakah yang lebih penting?
Sahabat atau Kekasih?
>_<