Assalamualaikum semua....
Selamat Singgah sebentar ke Teratak Katak Forever hehe..
Hanya nak berkongsi pendapat sahaja..Kita sebagai manusia ni takkan lari daripada pelbagai masalah..
betul tak? urmm...
Kekadang terdengarlah ungkapan "Lumrah dunia".."Nasib badan".."Takdir" dan sebagainya..
Sebenarnya masalah itu membawa pelbagai kebaikan kepada sesiapa yang menilainya dari sudut POSITIF, betul x?
Apa –
apa pun perkara yang menimpa diri kita, insyaallah akan menjadi kebaikan kalau
dihadapi dengan sikap positif. Ketika ini, terasa betapa kehidupan adalah
sangat berat. Kenaikan harga barang, bencana tanah runtuh, persengkataan
politik, dan memuncaknya jenayah telah menjadi warna dominan didalam media
cetak mahupun elektronik. Jika ditakdirkan musibah atau ujian itu menimpa diri
kita, apa yang harus kita lakukan untuk menghadapinya? Bersediakah kita?
Di sini Sang Katak ingin memberi TIPS untuk menghadapi Ujian hidup sehari-hari kita
sebagai renungan bersama la kiranye ye..>_<
Tips Menghadapi Ujian Hidup
Pertama,
yakinlah bahawa ujian itu merupakan ekspresi cinta Allah pada hamba-Nya. Allah
Swt memberikan cubaan agar kita menjadi lebih dewasa dan matang dalam
mengharungi kehidupan. Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah bersabda,
“Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia akan
diberi-Nya cubaan.” (H.R.Bukhari)
Kedua, yakinlah bahawa semakin besar dan banyak cubaan yang Allah turunkan kepada kita, makin besar pula pahala dan sayang Allah yang akan dilimpahkan kepada kita. Dengan syarat, kita dapat menyelesaikan setiap ujian itu secara baik. Anas r.a. berkata: Nabi saw. bersabda, “Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung pada besarnya cubaan. Sesungguhnya apabila Allah Ta’ala itu mencintai suatu kaum maka Dia mengujinya. Barang siapa yang rela menerimanya, dia mendapat keredhaan Allah, dan barang siapa yang murka, maka dia pun mendapat kemurkaan Allah” (H.R.Tirmidzi)
Ketiga, yakinlah bahawa ujian itu akan menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita kerjakan. Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw. bersabda: “Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya (H.R. Bukhari dan Muslim)

Keempat, selalulah untuk berfikir positif bahawa apa – apa pun yang menimpa diri kita akan menjadi kebaikan. Abu Yahya Shuhaib bin Sinan r.a. berkata, bahawa Rasulullah saw. bersabda: “Sungguh menakjubkan sikap seorang mukmin itu, segala keadaan dianggapnya baik dan hal ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka itu lebih baik baginya, dan apabila ditimpa penderitaan, dia bersabar, maka itu lebih baik baginya.”(H.R.Muslim)
Keenam,
selalu optimistik bahawa kita boleh menyelesaikan setiap ujian yang Allah
berikan, kerana Allah tidak akan memberikan ujian di luar kemampuan hamba-Nya.
Optimis dapat melahirkan tenaga yang tersembunyi dalam diri kita, kerana itu
optimis boleh menjadi bahan bakar untuk menyelesaikan segala persoalan. Allah
tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan hambanya itu. Dia
mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat siksa
(dari kejahatan) yang dikerjakannya.” (Q.S. Al-Baqarah 2 : 286)
Ketujuh,
menghadapi ujian dengan usaha dan doa. Kerah segala ikhtiar untuk menyelesaikan
ujian dan follow-up usaha itu dengan doa. Maka apabila kamu telah selesai (dari
suatu urusan), maka kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan
hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap” (Q.S. Alam Nasyarh 94 : 7 –
8). Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku kabulkan doamu.” (Q.S. Al-Mu’min 40:
60)
Itulah tujuh tips untuk menghadapi pelbagai ujian. Apa – apa
pun perkara yang menimpa diri kita, Insyaallah ia akan menjadi kebaikan kalau
dihadapi dengan sikap positif, optimistik, ikhtiar yang maksimum dan diikuti
dengan doa. Sesungguhnya pertolongan Allah akan turun kalau kita berada
dipuncak ujian. Untuk itu, jadikanlah ujian sebagai tangga untuk meraih
pertolongan Allah SWT. >_<
No comments:
Post a Comment