Tuesday 3 January 2012

Berdirilah di Atas Kaki Sendiri

Assalamualaikum semua....
Sebenarnya banyak yang Katak Hijau nak luahkan dalam blog Katak ni...haha
Tetapi
Agak sukar di situ
urmmmm
Maka pada hari ni...Katak Memilih

Tajuk : Berdirilah di Atas Kaki Sendiri (untuk dibicarakan)
~Sekadar Renungan dan Peringatan Buat Katak Hijau sendiri~
>_<
Nak citer la sedikit sebanyak perihal kehidupan ini

Kehidupan kita penuh dengan cabaran dan dugaan
Permasalahan yang berpanjangan
Ujian-ujian kehidupan yang menyakitkan
Kesengsaraan serta Kesakitan yang membebankan

Seringkali kedengaran takdir Allah dipersalahkan
Manusia sukar untuk menerima sesuatu dengan redha melainkan dengan ilmu dan akal di dada
Tidak bersyukur dengan kurniaan Allah 

Sehingga pada satu ketika..Allah mengambilnya kembali
Lalu tersedarlah mereka-mereka yang alpa
Bahawa janji Allah itu pasti terlaksana
Tidak ada yang kekal di dunia
Semua akan kembali kepadaNya


Semua benda di dunia berhubungkait antara satu dengan yang lain
sehingga wujudlah kepelbagaian / variasi dalam kehidupan manusia

Apa yang dimaksudkan di sini ialah....
Usahlah kita bersedih dan bergantung harap kepada orang lain untuk menyelesaikan permasalahan yang kita hadapi kerana pepatah ada mengatakan bahawa
"Lain orang, Lain cara.."
Sedarkah kita bahawa...ujian yang Allah turunkan sebenarnya 
mempunyai makna tersirat yang sangat banyak
Dan
Bergantung kepada hati sendiri untuk mentafsirnya
 
Mereka yang tidak bersyukur dengan nikmat yang diberikan seringkali
bertindak menyalahkan takdir dan ketentuan Allah
Mereka lupa bahawa nikmat yang Allah berikan selama ini jauh lebih banyak (sangat banyak)
berbanding secalit ujian yang diturunkan
maka terdengarlah keluhan...
"Allah tidak adil"
"Mengapa mesti diriku?"
"Aku selalu diuji begini"
"Aku tidak pernah rasa bahagia.."
"Allah benci padaku.."

Sedarkah kita bahawa suatu bala yang diturunkan merupakan bukti bahawa kita pernah merasa nikmat sebelumnya
Sehingga kita sedar apabila nikmat itu ditarik balik
Tak perlu berasa sedih walau hakikatnya perit
kerana Allah menjanjikan suatu yang lebih baik di hari-hari lain

Dugaan mematangkan manusia
Cabaran menguji kekuatan minda
Permasalahan menguji ketakwaan padaNya
Maka...bangunlah dari kepompong kesedihanmu
Sedarlah...
Allah tidak akan pernah menguji hambanya jika mereka tidak mampu menghadapinya
Berbahagialah...
Kerana kita adalah orang yang terpilih dari bilion manusia di muka bumi
Janganlah...
Menyalahkan takdir dan ketentuan yang Maha Esa
Teruskanlah...
Kehidupanmu kerana kebahagian pasti menanti
Jika tidak di dunia...di akhirat sudah pasti

Maka...
Berfikir dan bersyukurlah padaNya
Kerana kita masih dikurniakan nyawa
Masih mampu duduk menghadap sebaris demi sebaris coretan ini
Masih boleh bernafas dan melihat di bumi Allah
Berdirilah di atas kaki sendiri..
Kerana segala-galanya lahir dari hati kita sendiri

Nasihat dan bantuan orang lain tidak bermakna
JIKA
Kita sendiri tidak mahu menerimanya
Maka
Berdiri di atas kaki sendiri adalah jalan yang TERbaik
Postitifnya pemikiran manusia kerana mengenal erti KESYUKURAN
Dan negatifnya manusia kerana KETIDAKSYUKURAN ke atas nikmatNya

Dengan itu...
Renung-renungkanlah bersama.....
Tidak ada seorang manusia pun yang tidak pernah menghadapi masalah
Cuma keadaan dan masa yang membezakan permasalahan kita
Namun...bersyukurlah kerana Allah ingin mengingatkan kita bahawa
Nikmat Allah adalah pinjaman sementara
Ingatlah..
Allah tahu apa yang dilakukanNya




No comments:

Post a Comment