KADANG KALA....
Assalamualaikum semua...
Pernahkah anda terfikir mengapakah sesuatu hal yang berlaku itu mesti melibatkan anda?
Pernahkah anda terfikir mengapa orang lain selalu mendapat lebih sedangkan anda tidak?
Pernahkah anda terfikir mengapakah orang lain selalu bahagia sedangkan anda tidak?
Pernahkah anda terfikir mengapakah orang lain mempunyai segala-galanya tetapi anda tidak?
Pernahkah????
Kita selalu merasa iri hati dengan kejayaan n kebahagiaan orang lain
Kita selalu merasa sedih apabila teringatkan kekurangan diri
Kita selalu merasa sedih dengan kesusahan yang dialami
Kita selalu merasakan kitalah yang paling malang sekali
Namun Allah sebenarnya telah memberikan yang terbaik bagi kita tanpa kita sedari
Maka...janganlah bersedih di atas ketentuan yang Allah berikan itu..
Tapi...
Mengapa kita tidak cantik/ kacak seperti orang lain?
Mengapa kita tidak bahagia seperti orang lain?
Mengapa kita tidak pandai seperti orang lain?
Mengapa kita tidak berjaya seperti orang lain?
Mengapa kita tidak dapat apa yang kita idamkan?
Mengapa kita mempunyai semua kelemahan sedangkan orang lain tidak?
Jawapannya...
Allah tidak mahu kita riak dengan kecantikan/ kekacakan sementara
Allah mahu kita bersyukur kerana "hidup" sebenarnya cukup bahagia bagi orang beriman
Allah tidak mahu kita angkuh dan bongkak dengan ilmu yang dikurniakanNya
Allah mahu kita berusaha sedikit lagi sebelum menikmati kejayaan itu
Allah telah menjanjikan sesuatu yang lebih baik di akhirat kelak
Firman Allah..
Maka..berbahagialah dan bersyukurlah dengan nikmat yang Allah berikan..
Kelebihan bagi kita mungkin adalah kelemahan bagi pandangan orang lain
dan
Kelemahan bagi kita mungkin adalah kelebihan bagi orang lain
Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini
Kelemahan dan kelebihan itu akan saling melengkapi
Walaupun x sesempurna Nabi Muhammad..
Ia tetap akan membawa kebaikkan untuk mereka yang menghargai ketentuanNya
Kita diberi peluang untuk menikmati hidup di muka bumi
Berusahalah untuk berjaya
Janganlah kerana merasa rendah diri
Kita tidak mahu berusaha seperti orang lain
Yakinlah Allah tetap adil
Firman Allah:
No comments:
Post a Comment