Thursday 1 March 2012

9 JENIS ANAK SYAITAN

Assalamualaikum...

Tahukah kita??
Terdapat pelbagai jenis anak syaitan yang wujud di muka bumi
Yang sering mengganggu manusia 
Dari pelbagai aspek
Jom kenali anak-anak syaitan ini
 
 
 
 
 
Umar Al-Khattab r.a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan yang wujud
 
1.Zalituun
Duduk di pasar / kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu
 
2. Wathiin
Pergi ke tempat orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk kepada Allah s.w.t
 
3. A'awan
Menghasut Sultan / raja / pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan / kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
 
4. Haffan
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang suka berada di tempat-tempat maksiat
(cth: kelab malam, disko dan tempat yang ada minuman keras)

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dengan keseronokan dan dunia glamour.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang bermula dari kata-kata mulut.

7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salamketika masuk ke dalam rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami-isteri bercerai, suami bertindak ganas, suami memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lain)

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api / matahari.

Banyaknya anak syaitan...
Yang mana satukah yang selalu menggangu anda?
Syaitan juga merupakan makhluk Allah
 Yakinlah kepada kuasa Allah..
Lawanlah pengaruh syaitan yang ada
>_<



No comments:

Post a Comment