AJAIBNYA TANGAN IBU
Assalamualaikum..
Ibu..
Itulah tajuk yang Katak Hijau akan ceritakan
Sayangkah anda dengan insan yang bergelar Ibu?
Sebanyak manakah sayang yang anda berikan?
Adakah kasih sayang yang anda berikan sudah mencukupi?
Ada kalanya..
Seorang anak memberikan pendapat mengenai Ibu :
"Sy sangat sibuk dan menjaga ibu sangat menyusahkan"
"Nak balik kampung ni susah, banyak masalah"
"Rasanya dah cukup wang yg sy kirimkan setiap bulan tu"
"Rasanya lagi baik ibu di jaga di pusat penjagaan orang-orang tua tu"
dan macam2 lagi
Apa pandapat anda?
Lupakah anda dengan kasih sayang yang ibu berikan selama ini?
Lupakah anda dengan penderitaan ibu selama menjaga kita?
Lupakah anda kalau bukan kerana Ibu..kita xkan berada dalam kedudukan sekarang?
Lupakah anda?
Tahukah kita?
Betapa ajaibnya tangan seorang ibu
Betapa lembutnya kasih sayang seorang ibu
Betapa telitinya didikan seorang ibu
Sedarkah kita?
Tika kita lapar...tangan ibu yang menyuap,
Ketika kita haus...tangan ibu yang memberi minuman,
Ketika kita menangis...tangan ibu yang mengesat air mata,
Ketika kita gembira...tangan ibu yang menadah Syukur,
memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia,

Ketika kita dilanda masalah...tangan ibu yang membelai..
Ketika kita mandi...tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan,membersihkan segala kekotoran,
Ketika kita mengantuk...tangan ibu yang dodoikan
dengan penuh kasih sayang,
Namun ,
Ketika ibu sudah tua & kelaparan...
tiada tangan dari anak yang menyuap,
Dengan tangan yang menggeletar,
ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata,
Ketika ibu sakit...di mana tangan anak yang
ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu?
Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad...
Ketika jenazah ibu nak dimandikan...
di mana tangan anak yang ibu harapkan
untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir.
Tangan ibu, tangan ajaib...
Sentuhan ibu, sentuhan kasih...
Boleh membawa ke Syurga Firdausi...
Ciumlah tangan ibu,
Sebelum ibu pergi bertemu Illahi & takkan kembali lagi..
Hargailah dan sayangilah mereka selagi masih berkesempatan...
>_<
No comments:
Post a Comment