WANITA YANG CANTIK
Assalamualaikum..
Tahukah anda..
Allah menciptakan Wanita dengan pelbagai kelebihan
Terlalu banyak kelebihan
Kelebihan yang ada kalanya menyebabkan mereka alpa
Sehingga kelebihan yang diberikan disalahgunakan
Wanita..
Banyak Kelebihan yang tersembunyi
Hanya mereka yang mengerti akan memahaminya
Wanita yang cantik mampu
1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH
Seorang
perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana
dia menghadapi masalah yang datang padanya. Sama ada dia lemah mahupun
semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang
kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan
kekuatan dirinya.
2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN
Percaya
atau tidak kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah
yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah
perasaan dia yang sebenar.Kenapa? kerana
terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum
tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya. Alangkah
indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.
.
.
3) TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS
Bukan
saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis. Dia bersikap
sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu
menyusahkan orang sekelilingnya.
Tambahan
pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya dan dia
tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana
keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.
.
.
4) TABAH DI SAAT TERHINA
Setiap
yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah
penghinaan dari manusia. Tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya
semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia
akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang
mendatang.
Ketabahan
yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala
hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan
akan azab YANG ESA.
.
.
5) MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN
Bukan
mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita
lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga
hancur musnah sesebuah kehidupan itu.
Namun
bagi seorang wanita yang cantik itu, kemaafan itu sentiasa diberikan
kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya. Kerana baginya
mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih
tabah. Subhanallah.
6) MENGASIHI TANPA BALASAN
Kasihnya
terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas
bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.
Kerana
bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya
kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus. Malah meraka inilah yang
membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA dan
kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari
dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.
.
.
7) BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILAHI
Dia hanya
berharap kepada YANG ESA dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah
dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang
dia sayang.
Wanita
yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih
mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang. Suami dan keluarga
mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada
YANG ESA.
Maka
Jadilah Wanita cantik yang baik di sisi Allah
Wanita yang cantik di sisi Allah
Cantik dari segala segi
Fahamilah
"Cantik itu bersifat SUBJEKTIF"
>_<
No comments:
Post a Comment