Thursday 15 March 2012

SUKA MENCERITAKAN KEBURUKKAN ORANG LAIN

Assalamualaikum

Melihat tajuk sahaja..sememangnya ia merupakan penyakit yang ada pada manusia
Tetapi 
Mengapakah ia terjadi?

Manusia dijadikan dengan bermacam-macam sifat
Bermacam-macam ragam
Bermacam-macam cara pemikiran
Serta bermacam-macam dan macam lagi
>_<
 
 
Mengumpat?
Pernahkah anda mengumpat?
Menceritakan keburukkan orang lain?
Dengan sengaja atau tidak?
 ermmm
 
Mengapakah seseorang itu suka mengumpat tentang orang lain?
Kerana tidak berpuas hati?
Kerana iri hati?
Kerana benci dengan kesenangan orang lain?
Kerana anda tidak memiliki apa yang orang lain miliki?
or
Kerana anda nak dapatkan publisiti 
dan mengumpul ahli untuk membenci seseorang?
 
Allah menegah manusia daripada sikap suka menceritakan perihal keburukkan orang lain
Pernahkah anda terfikir mengapakah ikan tidak mempunyai lidah?
"Alaa memanglah ikan tak berlidah dah namanya ikan.."
ermm..
tapi pernahkah anda bertanya mengapa ia diciptakan sedemikian rupa?
Ikan tidak berlidah? 

Rasulullah SAW bersabda : “Sejahat-jahat manusia pada Hari Kiamat nanti ialah orang yang bermuka dua. Barangsiapa bermuka dua di dunia maka di hari kiamat kelak akan mempunyai dua lidah dari lidah api neraka jahanam.”

Sabda Rasulullah SAW lagi :”Tidak masuk syurga orang yang suka membesar-besarkan cerita.” Apabila di tanya apa hikmahnya.Baginda SAW menjawab ;”Sesungguhnya Allah SWT telah mencipkan semua makhluk itu mempunyai lidah,sama ada yang boleh berkata-kata ataupun tidak boleh berkata-kata.”

Salah seorang sahabat pun bertanya,”kenapa ikan tidak mempunyai lidah?”

Sabda Rasulullah SAW :” Setelah Allah selesai menciptakan Adam a.s maka diperintahkan sekelian Malaikat agar tunduk sujud kepadanya.Semua Malaikat patuh kecuali Iblis laknat.Oleh kerana iblis enggan sujud, maka Allah melaknatnya serta mengusirnya dari syurga dan di hapuskan rupanya yang elok itu lalu di hantar ke bumi.

Apabila diturunkan ke bumi, iblis terus menuju ke laut dan pertama yang di jumpainya ialah ikan. Iblis pun menceritakan keburukkan dan kekurangan Adam a.s kepada ikan katanya ” sesungguhnya Adam itu amat suka memburu dan membunuh binatang -binatang yang ada di lautan dan di daratan.”

Apabila ikan mendengar kata-kata iblis itu ia pun segera menghebahkannya kepada binatang laut yang lain berita tentang Adam a.s.Oleh kerana Allah tidak menyenangi perbuatan ikan inilah lalu dihilangkan lidah ikan agar tidak lagi dapat menyampaikan berita yang tidak sebenarnya.” 
 
Itulah bukti nyata Allah bencikan sikap suka menyampaikan berita yang tidak benar
Berita yang menceritakan keburukkan orang lain
Mengumpat!
 
Ya..
Kadang-kala
Katak hijau juga tidak terkecuali dari sikap ini
Sememangnya manusia memiliki penyakit mengumpat yang sukar dikikis
 
Namun begitu..
Pernahkah kita berfikir
Apakah yang kita perolehi daripada sikap buruk ini?
Gembira?
Puas hati?
Bangga?
 
ermmm
Diri kita sendiri mempunyai jawapannya..
Ingatlah bahawa..
Jika kita menyampaikan fitnah..kita dengan automatiknya dianugerahkan DOSA oleh Allah 
dan
Mereka yang difitnah akan mendapat ganjaran PAHALA hasil perbuatan sia-sia kita
 
 
 
Renung-renungkanlah
>_<

No comments:

Post a Comment