DOA DARIPADA MALAIKAT
Assalamualaikum..
Percaya kepada malaikat adalah antara
rukun iman .
Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia
dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat
keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam
menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat
sangat diperlukan.
Tahukah anda?
Terdapat beberapa jenis manusia yang akan menerima doa
malaikat.
Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan,
keperluan dan bimbingan,
bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari
lidah, tetapi juga sokongan malaikat.
Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci
Rasulullah
s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci,
malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun
hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana
tidur dalam keadaan suci.”
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat
Rasulullah
s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang
duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali
kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah
sayangilah ia.’”
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah
Rasulullah
s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan
malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf)
Rasulullah
s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat
selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”
5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah
Rasulullah
s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir
al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana
sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan
diampuni dosanya yang lalu.”
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat
Rasulullah
s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat
kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana
ia melakukan solat.”
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah
Rasulullah
s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat
Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah
bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada
siang hari tetap tinggal.
“Kemudian
mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang
ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit)
sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu
Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”
Mereka
menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami
tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah
mereka pada hari kiamat.’”
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan
Rasulullah
s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang
dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan
dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil
baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan,
malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia
dapatkan.’”
9. Orang yang membelanjakan harta (infak)
Rasulullah
s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya
seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu
antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang
berinfak…’
10. Orang yang sedang makan sahur
Rasulullah
s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya
berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”
11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit
Rasulullah
s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk
saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang
akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu
malam hingga Subuh.”
Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahu’alam.
Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.
InsyaAllah…
>_<
No comments:
Post a Comment