Wednesday 7 March 2012

ADA KALANYA

Assalamualaikum..

Hanya nak ceritakan perihal kehidupan manusia
Yang mungkin berkaitan atau tidak dengan diri sendiri
Manusia..dikurniakan perasaan dan pemikiran tersendiri
Mungkin sama dan mungkin berbeza antara satu sama lain
 

Kita..
Ada kalanya mengalami sesuatu yang malang
Ada kalanya mengalami sesuatu yang mengembirakan
Ada kalanya timbul perasaan sedih
Hiba
Takut
Marah
Geram
Gembira
Gementar
 dan macam-macam jenis perasaan lain
Uniknya perasaan manusia

Sememangnya kita tidak mampu menjaga hati semua pihak
Tidak mampu memuaskan hati mereka
Tidak mampu membuat sesuatu dengan sempurna
Tidak mampu memberikan yang TERbaik
dan sebagainya

Keadaan inilah yang ada kalanya menyebabkan berlakunya konflik
Menyebabkan berlakunya permusuhan
Menyebabkan seseorang berada dalam tekanan
Menyebabkan seseorang merasakan
"dirinya satu-satunya yang Terbodoh, yang Terhina, yang tidak dapat memberikan sumbangan pun dalam kumpulan"

Sebenarnya
Kita dapat memberikan yang terbaik
Jika mereka mampu menerima seadanya
Kita dapat membuat sesuatu dengan sempurna
Jika mereka tahu menghargai sesuatu
Kita dapat memberikan sumbangan yang diperlukan
Jika mereka mampu menerima kita seadanya
Kita dapat melahirkan suatu pemikiran yang baik
Jika mereka turut menyokong hasil kerja kita
 
 

Namun
Apa yang dapat dilihat kini
Tidak semua orang dapat menerima kita seadanya
Menerima hasil kerja kita
Menerima buah fikiran kita
dan
Mahu berkongsi sesuatu dengan kita

Keadaan ini sebenarnya akan menyebabkan seseorang itu diabaikan
Disingkirkan sedikit-sebanyak
Sehingga menyebabkan "dia" terabai
Menyebabkan "dia" tertekan
Menyebabkan "dia" merasakan dirinya tidak berguna
Menyebabkan "dia' merasakan dirinya "Pak Turut"
yang diperlukan semasa susah dan dibuang semasa senang

Tidakkah kita menyedari keadaan ini?
Sekali-sekala tempatkan diri sendiri di "Tapak Kasutnya"
Untuk merasai hati dan perasaannya
Kena ingat
Hidup kita umpama roda
Belum tentu kita berada di atas selama-lamanya
Allah maha adil


Kena ingat selalu
"Dia" yang diabaikan suatu masa dahulu mungkin menjadi penyelamat kita di masa hadapan
dan pada masa itu..baru kita sedar siapa KAWAN dan siapa LAWAN sebenarnya
Maka dengan itu
Berbaiklah dengan orang di persekitaran kita
Bersangka baiklah dengan mereka
Berterima kasihlah dengan kehadiran mereka
Terimalah mereka seadanya
Kerana tidak ada manusia yang sempuran

Dunia mempunyai hukum karma tersendiri
Apa yang kita lakukan pada manusia lain
Akan berbalik pada kita
Jika tidak hari ini
Mungkin esok
Mungkin lusa
atau
Mungkin pada masa hadapan
Ingatlah
ALLAH MAHA ADIL

Renung-renungkanlah..
>_<

No comments:

Post a Comment