Friday 17 February 2012


Kisah IBU dan KITA

Assalamualaikum...

Ari ni nak ceritakan sedikit tentang seseorang yang sangat penting kepada kita
Seseorang yang banyak mendidik kita
Seseorang yang sanggup bersusah-payah demi kita
Dia lah segala-galanya.. 

*Ketika berusia setahun,
ibu suapkan makanan dan
mandikan kita. Cara kita
ucapkan terima kasih
kepadanya hanyalah
dengan menangis
sepanjang malam.

*Apabila berusia 2 tahun,
ibu mengajar kita
bermain. Kita ucapkan
terima kasih dengan lari
sambil ketawa apabila
dipanggil.

*Menjelang usia kita 3
tahun, ibu menyediakan
makanan dengan penuh
rasa kasih sayang. Kita
ucapkan terima kasih
dengan menumpahkan
makanan ke lantai.

*Ketika berusia 4 tahun,
ibu membelikan sekotak
pensil warna. Kita
ucapkan terima kasih
dengan menconteng
dinding.

*Berusia 5 tahun, ibu
membelikan sepasang
pakaian baru. Kita
ucapkan terima kasih
dengan bergolek-golek
dalam lopak kotor.

*Setelah berusia 6 tahun,
ibu memimpin tangan
kita ke sekolah. Kita
ucapkan terima kasih
dengan menjerit; Tak
Nak! Tak Nak!

*Apabila berusia 7 tahun,
ibu belikan sebiji bola,
kita ucapkan terima
kasih dengan pecahkan
cermin tingkap jiran.

*Menjelang usia 8 tahun,
ibu belikan aiskrim. Kita
ucapkan terima kasih
dengan mengotorkan
pakaian ibu.

*Ketika berusia 9 tahun,
ibu menghantar ke
sekolah. Kita ucapkan
terima kasih dengan
ponteng kelas.

*Berusia 10 tahun, ibu
menghabiskan masa
sehari suntuk menemani
kita kemana sahaja, kita
ucapkan terima kasih
dengan tidak bertegur
sapa dengannya.

*Apabila berusia 12
tahun, ibu menyuruh
membuat kerja sekolah.
Kita ucapkan terima
kasih dengan menonton
televisyen.

*Menjelang usia 13 tahun,
ibu suruh pakai pakaian
menutup aurat. Kita
ucapkan terima kasih
dengan menyatakan
pakaian itu ketinggalan
zaman.

*Ketika berusia 14 tahun,
ibu terpaksa mengikat
perut membayar wang
asrama, kita ucapkan
terima kasih dengan
tidak menulis sepucuk
suratpun.

*Berusia 15 tahun, ibu
pulang dari kerja dan
rindu pelukan anaknya, kita ucapkan terima
kasih dengan mengunci
pintu bilik.

*Menjelang usia 18 tahun,
ibu menangis gembira
bila kita diterima masuk
IPTA.Kita ucapkan terima
kasih dengan bersuka ria
dengan kawan-kawan.

*Ketika berusia 19 tahun,
ibu bersusah payah bayar
yuran pengajian, hantar
ke kampus dan heret beg
ke asrama. Kita ucap
selamat jalan pada ibu di
luar asrama kerana malu
dengan kawan-kawan.

*Berusia 20 tahun, ibu
tanya kita ada teman
istimewa, kita kata, “itu
bukan urusan ibu.”

*Setelah berusia 21
tahun,ibu cuba
memberikan pandangan
mengenai kerjaya, kita
kata, “saya tak mahu jadi
seperti ibu.”

*Apabila berusia 22-23
tahun, ibu membelikan
perabot untuk rumah
bujang kita, kita kata,
pilihan ibu tak cantik, tak
berkenan di hati kita.

*Menjelang usia 24, ibu
bertemu bakal menantu
dan bertanya mengenai
rancangan masa depan.
Kita menjeling dan
merungut, “ibu,
tolonglah...!”

*Ketika berusia 25 tahun,
ibu bersusah payah
menanggung
perbelanjaan
perkahwinan kita. Kita
ucapkan terima kasih
dengan berpindah jauh.

*Pada usia 30 tahun, ibu
menelefon memberi
nasihat dan petua
mengenai penjagaan
bayi, kita megah berkata,
itu dulu sekarang zaman
moden.

*Ketika berusia 40 tahun,
ibu mengingatkan
mengenai kenduri
kendara di kampung, kita
kata sibuk, tak ada masa
nak datang.

*Apabila berusia 50
tahun, ibu jatuh sakit dan
minta kita menjaganya,
kita bercerita tentang
kesibukan dan kisah ibu
bapa yang menjadi
beban.

*Dan kemudian, kita
mendapat berita
kematian ibu. Khabar itu
bagai petir.
Dalam lelehan air mata,
barulah segala perbuatan
kita terhadap ibu
menerpa satu persatu.

Ibu... Sesungguhnya
dikaulah INSAN paling
SUCI didunia ini bagiku..
Tiada pengganti dirimu bagiku
Ampuni dosa-dosaku ya Ibu..
Sayangilah ibu selagi mereka masih ada
Berbaktilah kepada mereka selagi mampu
Doakanlah kesejahteraan mereka
Hadiahkanlah kejayaan kepada mereka selagi sempat
Bahagiakanlah mereka selagi belum terlambat
SAYA SAYANG IBU....
 

Juga jangan dilupa..
Sedekahkan Al-Fatihah kepada ibu-ibu
yang telah meninggal
dunia..
Moga mereka ditempatkan dikalangan orang-orang beriman
Amin...

No comments:

Post a Comment