Monday 20 February 2012

Memaafkan Seseorang Sebelum Tidur

 Assalamualaikum.. 



Pernah x anda membenci seseorang?
Sudahkah anda memaafkannya?
or
Anda tidak mahu memaafkannya sama sekali?
 
Kehidupan manusia sentiasa didatangkan dugaan dan cabaran
Sesuatu yang sentiasa menguji tahap kesabaran manusia
Tahap ketahanan mental kita

Sememangnya menjadi perkara biasa bagi manusia
Menyakiti dan disakiti oleh manusia lain
Itulah cabaran untuk kita sebenarnya
Allah menguji tahap keimanan hambanya

Tahukah anda..Memaafkan seseorang sebelum melelapkan mata akan membuatkan jiwa kita tenang?
Sebenarnya..
Adalah baik jika kita memaafkan seseorang sebelum tidur kerana dari situ kita akan terasa kelapangan dada. Memendam rasa memang sesuatu yang amat menyakitkan. Namun kita sendiri sedar bahawa memaafkan seseorang yang menyakitkan hati kita bukanlah sesuatu yang mudah kerana diri kita mempunyai ego. Kita yang tidak bersalah belum tentu mudah untuk memaafkan kesalahan orang lain yang telah dilakukan kepada kita.
Oleh kerana itulah ada seorang sahabat Rasulullah SAW yang mana Baginda telah menyebut-yebut namanya dihadapan sahabat-sahabat yang lain sebagai ahli syurga. Hairan pada sahabat kerana Rasulullah menyebut namanya sebagai ahli syurga sebanyak 3 kali dihadapan mereka. Maka para sahabat mula menyiasat dan bertanya kepada sahabat tersebut :
“Tiada apa yang istimewa yang saya lakukan dalam hidup saya melainkan saya selalu memaafkan kesalahan orang lain terhadap saya sebelum tidur”
 Baik bukan?
Sememangnya sukar untuk kita melakukannya dengan ikhlas
Tetapi kita harus mencubanya
Dan perlulah menganggapnya sebagai ujian dalam kehidupan
Tidak ada yang dapat menyenangkan hati yang membenci
Kecuali dengan MEMAAFKANnya

Memaafkan Seseorang Sebelum Tidur.. 
Insya-Allah..mudah-mudahan, hidup kita sentiasa aman dan hati dan jiwa kita menjadi tenteram.

No comments:

Post a Comment